Terkukur.....Terkukur.....Terkukur...

Masa ke semasa aku akan update blog ini. Aku akan cuba masukan semua peralatan memikat burung terkukur ini seperti cetok, racik, tumang, jebak, pelbagai dan saiz sangkar layang dgn harga berpatutan dan kualiti yg terjamin. Sesiapa yg belum ada atau nak tambah koleksi call aje Amat Kraft Enterprise di 019 - 3414023 & 013 - 6003376.





Photobucket













Friday, June 24, 2011

Sangkar Layang anyam tulang belut.


Sangkar layang klasic ni model lama di beri nafas baru dgn anyaman tulang belut. Sangkar ni nampak kemas dan halus buatannya. Siapa yg nak cuba model baru ni call aje, stock 1 biji je percubaan.
1. Harga RM 120.00
2. Stock ready 1 unit.
3. Bole pos

Sangkar layang kayu bakar for sale 1 biji ( RM 250.00 ) / Sudah di jual


Sangkar layang kayu bakar ni baru siap arini. Sapa yg belum ada atau nak tambah koleksi sangkar kayu bakar ni call aje amat kraft. Tak payah nak tempah2 comfirm je terus hantar.
1. Harga RM 250.00
2. Stock ready 1 unit
3. Bole pos ke mana saja.

Sangkar layang kayu bakar ini sudah ada peminatnya dari Singapore iaitu Saudara Ismail. Barang sudah pos minggu depan sampailah ke Singapore tu. Apa2 pun tima kasih berbanyak, model ni jarang keluar kira rezekilah Abg Mail.

Saturday, June 18, 2011

Mafla atau kelambu for sale 3 set je lagi / sold out 21/06/2011

Mafla atau kelambu ini tinggal 3 set je lagi. Tak sempat nak iklankan 7 set telah dijual terus. Masih belum terlambat lg jgn lepaskan peluang ini. Stock tak banyak berminat sms atau call Amat kraft di talian 012 - 698 3304 bila2 masa.
1.Harga RM 50 siap pos laju
2.Satu set ada 2 helai
3.Stock ready 3 set lagi (Made in Singapore)

Salam semua, mafla ni sudah abis. Tima kasih kepada semua yg mencuba mafla ini. Stock baru akan sampai tak lama lagi.

Tali kaki/tali ulat for sale (RM 4.00) dan (RM 5.00)


Tali ulat atau tali kaki ini telah menggukan tali panjang yg sgt berkualiti. Dulu saya jual RM 3.50 menggunakan tali belakang biasa je 1m = RM 0.50. Sekarang tidak lagi atas cadangan kawan2 semua. Tali berwarna coklat ini ada benang didalamnya.
1. Kalau satu set dgn no 8 biasa RM 4.00
2. Kalau satu set dgn no 8 tembaga tebal RM 5.00
3. Stock 100 unit
4, Harga pos RM 5.00 pasti sampai.






















































































Racik pelepah atau dahan 11 mata for sale - 7 kepala / SOLD OUT


Racik pelepah ni baru ada stock, sapa yg nak cuba main pelepah saya racik ni paling sesuai dgn saiz tiangnya yg pendek dan tajam. Bole call Amat kraft bila2 masa pasti dilayan.
1. Harga RM 35.00 siap pos laju pasti sampai.
2. Stock ready 7 kepala
3. Satu kepala 11 mata.

Tali ulat/tali kaki pelbagai warna for sale ( RM 2.50)


Tali ulat atau tali kaki ni depan saja. saiz kaki burung kg, burung pesum pun boleh pakai.. Selalunya saya hantar kedai tp kali ni stock banyak dan boleh dijual terus kepada kaki mikat. Siapa yg nak call atau sms tak kira masa pasti dilayan.
1. Harga RM 2.50
2. Stock ready 150 pcs
3. Duit pos RM 5.00 di jamin sampai depan rumah
4. Free 2 pcs sekiranya beli lebih 10.

Cetok gaslin kayu bakar for sale. RM 230.00 / Sudah dijual 28/06/2011



Cetok gaslin kayu bakar ni baru clear arini, cuaca memang cukup baik, tak sampai 1/2 jam kering dan berkilat. Cetok ini dianyam menggunakan isi rotan yg halus, sapa yg belum ada cetok ni call je Amat kraft.
1. Harga RM 230.00
2. Saiz 7 x 10.1/2 (bakul moto tak muat)
3. Stock ready 1 biji je.

Cetok ini telah di beli oleh sauda Mohd Izwan dari Sungai besi KL. Apa2 pun terima kasih wan, barang sudah pos td mungkin sampai pada 30/06/2011. Sepatutnya besok bole dapat tp cuti Israk dan mikraj posmen tak keja.

Sangkar Layang kayu bakar untuk merbok



Salam zakwan, sangkar layang merbok ni dah nak siap. Tinggal nak clear saja lagi. memang comel dgn saiznya tidak terlalu kecil. Siap nanti saya call.

Popular Posts